Tuesday, June 30, 2009

Kesesakan masa??

Hmm..kisah kesibukan aku mmg lebih dari kwn2 yg bekerjaya. Sebab tu laa aku mmg selalu tak dpt nak melawat blog kengkawan semua dlm satu sesi online aku aje. Mesti aku kena online pg jap..petang jap. Tu pun..kot!

PERIHAL ANAK2 SEKOLAH
Start minggu lepas..SK King Edward vii (2) telah memulakan kelas tambahan utk Tahun 6 selepas waktu persekolahan Isnin-Khamis. Jadinya, waktu balik..angah tak dpt nak naik bas. Aku laa yg kena kuar pi amek. Tak jauh juga..dlm 6km dari umah. Tapi kalo tengah panas2 terik cenggini..adoii, peluh masuk mata..aku mula nak penin! hehe..Kes peluh masin sangat laa tu, kot! hehe..

Rabu..cam biasa..diorang ada 'ko-ko'. Akiss koko dari lepas abes sekolah sampai jam 2.30 petang. Aku gak kena gi amek pasal Akiss tak sempat nak naik bas dah jam cenggitu.
Angah..sepatutnya aku kena hantar pulak dia koko jam 3.15 petang tapi Alhamdulillah, dimansuhkan start minggu lepas atas alasan diorang balik lambat disebabkan kelas tambahan intensif dan insentif guru2 sekolah.

Sabtu ari tu..angah ngan akiss kena sekolah ganti sempena Aidilfitri. Aku ngan abang pagi2 dah sebok ngan plan keje nak kena selesaikan utk sepanjang hari tu.
Kul 10.30 pagi kitorang ke SK (P) Treachers Methodist..amek buku laporan peperiksaan. Byk sekolah yg wat sesi cenggini termasuk Sekolah Klian Pauh dan Sek. Hua Lian.
Sesak jalan kat situ. Mujur sekolah Angah dah wat bulan lepas dah!
Kitorang mmg dah tau keputusan peksa Akiss. Cuma kena gi gak laa amek buku laporan tu. Dah sekolah soh cenggitu, hehe.
Alhamdulillah laa, semua A kecuali Bahasa Arab dpt B. Dpt laa no. 4..takpe laa. Aku ni anak2 dpt nombor berapa tak penting sgt. Yg penting dia mesti score A. Kalo dpt nombor yg leh dpt hadiah tu..kira bonus utk dia sendiri laa, ngeh2.

Masa sesi jumpa guru kelas tu gak..abang dah settle kan bayaran yuran sekolah yg telah ditangguhkan pada awal tahun ari tu. Lepas2 tu..akis dah leh ikut kitorang balik walopun waktu persekolahan tak abes lagi. Bagus!

LENO
Sementara nunggu angah abes kelas..kitorang sempat gi stokis Leno kat Jln Berek. Aku ngambek barang oder yg dah sampai.

RESTORAN MASA
Pastu pi area Jln Lumba Kuda semula..nak amek angah. Jam dah kul 12.00 tengahari. Terus kitorang g MASA nak makan tengahari. Aku tak masak laa ari tu..keje banyak nak kena settle ni, hehe.

D'Memory Foto Digital
Lepas dah kenyang..terus gi kedai gambar ni. Nak amek gambar kawen Saiful. Kitorang dah hantar cuci 200kpg + 2 kpg 8R tu mlm tadinya. Dah dpt..terus aje susun dlm album kat kedai gambar tu gak, senang. Amek masa 2 jam gak laa menyusun elok2 semua gambar tu.
Sempat gak laa angah foto shoot utk gambar pasport. Cikgu nak utk exam.

Singgah kedai Nisah..dia kata dia nak tengok dulu gambar2 tu. Pasalnya..kedai dia yg punya baju pengantin dan mekapkan Atikah. Dia nak pilih utk cuci dan frame kat kedai TIRAI KASIH dia. Tapi, Nisah takde laa pulak. Yg ada staf2 dia aje.
Jadi kitorang terus gi umah mak..mak pun kata nak tengok. Tapi, mak pulak takde pasal gi Pdg Rengas ngan abah naik van. Pastu kitorang terus balik umah, wat laa apa yg sepatutnya..

Petang tu bumi Expo dibasahi hujan..Alhamdulillah.

Lokasi gambar; Pantai Kerachut, Tmn Negara Penang.
Yg bangunan 4 beradik tu kat Penang.

Kul 5.45 petang, Nisah mai umah tgk2 gambar utk dipilih dan dicuci semula. Dia nak frame kan utk kedai dia.
Jam dah 6.30 petang. Kitorang gi umah mak semula. Ohh..mak ngan abah ada tetamu.
Malam tu kitorang dah tak kuar memana. Dok umah tengok2 abang wat kerja2 suntingan video utk menyiapkan dvd pengantin pulak. Utk tugas ni..aku cuma assistant aje..hehe.

MONTAJ
Ahad tu kitorang dah pilih2 gambar2 lama Saiful dan Atikah utk dijadikan montaj. Malam tadi..abang dah selesai siapkan montaj.

SILAU
Petang semalam..kitorang gi umah makcik utk mintak nama2 jiran2 yg menjadi tulang belakang dia utk majlis ari tu. Kitorang nak bg kredit. Rupa2nya makcik pun silau nya teruk gak. Aku ingat aku je cenggitu. Aku ni ada gak rabun tapi takde laa sampai memerlukan spek mata. Leh nampak jelas lagi. Tapi kalo silau tu..aku mmg surrender laa.

Psst; gambar di atas cuma nak bagi entry ni ada gambar aje. Aku maleh betul nak amek gambar time kepala tgh byk pikir ni. Kalo nak ikutkan..Sabtu ari tu ada karnival belia kat Kompleks Rakan Muda, Ahad pulak ada pameran keta yg dicat, menarik dan tertarik utk pandangan mata ni....tapi aku tak berkesempatan nak gi..sebok + letih tahap ultraman lawan raksaksa, huh!

I/C ANGAH
Pg semalam..aku gi amek kad pengenalan angah. Dah siap. Hmm..skang i/c angah ngan along..aku yg simpankan. Risau gak kalo bebudak yg simpan ni. Kot hilang..RM50 woo! nak wat balik.
Aku gi kedai buku...fotostat kaler i/c tu dan di 'laminasi'kan. Nampak laa cam ori, hehe. Yg tu aje aku bagi diorang pegang.

Bila tgk dah 2 org anak aku ada kad pengenalan ni..hmm, semakin datang suatu perasaan yg sukar digambarkan.

ROADTAX
Pagi tadi, lepas pi pasar dan amek abang kat Taiping Headwork..kitorang melilau cari agen insurans yg amek cover note utk motor umur 19thn. Punya laa susah. Akhirnya, kat agensi Suria Padu gak yg settle. Pejabat pos pun tak mau..apa kes ntah tahun ni susah sgt nak renew insurans moto lama. Tahun lepas takde apa pun.

Gi lak JPJ Taiping kat Jalan Kg. Dew tu..(rasa jauh tul!)..sebab nak kena tukar geran baru. Geran asal dh penuh cop renew roadtax.

Monday, June 29, 2009

Jwb TAG i)ALIAAH ii)POSH76 iii) RINNA

Hmm..disebabkan ari ni aku maleh nak up-date citer, aku pun melangsaikan TAG-TAG yg telah diberikan oleh para sahabat blogger aku. TQ sebab ingat kat aku, hehe. Bagi TAG tu maknanya satu ingatan gak tu..kan?
Okey..Aku wat sekali harung;

TAG Pertama;

Aku cuba wat Aliaah chentahatimama.blogspot.com punya dulu sebab ikut turutan sape yg bagi dulu, hehe. Tag nya..mmg pjg.

1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog

Starting time : 10AM , 29 JUN 2009

Name : ALoNa

Shoe size : 5 @ 6 (Selalu 6 ni size BATA)

Height: 148cm..rendah jerr!!

Where do you live : Kamunting, PERAK

Have you ever been on a plane : Penah gak laa tp pi 2 destinasi aje. Sekali tu pi balik dari Bayan Lepas - Langkawi. Lagi sekali pi balik dari KLIA - Kota Kinabalu. Tu aje laa.

Swam in the ocean : Tak nah..

Fallen asleep at school : Penah..time nk dpt demam.

Broken someone’s heart : Ntah..takde kot. Lain laa kalo hati org tu kaca.

Fell off your chair : Masa darjah 6..dok jongket2 kusi, tetiba terlentang terus jatuh ke lantai, ngeh2. Teruk kena ejek!!

Sat by the phone all night waiting for someone to call : Tak penah. Apa2 hal..tido sgt penting utk kesihatan tubuh badan, huhu.

Saved e-mails : Tak penah saved email pun..bukak baca aje..

What is your room like : Hmm..best! hehe..

What’s right beside you: Kiri kanan aku takde apa..

What is the last thing you ate : Nasik ngan daging goreng.

Ever had…Chicken pox : Tak tau laa. Mgkn masa tadika kot.

Sore throat : Kekadang..

Stitches : 3 x pengalaman. Masa melahirkan anak walaupun baby kuar ikut 'pintu'. Sket je laa..

Broken nose : Tak nah.

Do you Believe in love at first sight : Ntah..tak pasan lak.

Like picnics : Boleh laa..

The last person you danced with : Ntah..lama sgt aku tak menari apa2 pun.

Last made you smile : Abang..dia nak gi keje jap td.

You last yelled at : Angah & Akiss..dua-dua sekali!

Today did you…Talk to someone you like : Ada..ada..

Kissed anyone : Ada..erm..ada..

Get sick : Alhamdulillah..xde time ni.

Talk to an ex : ex mende..aku mana ada ex-ex nih.

Miss someone : Along kat Pengkalan Hulu, mak & ayah kat Bentong serta adik kat Sarawak..

Who do you really hate: Ada..rahsia

Do you like your hand-writing : Sudah semestinya..

Are your toe nails painted :Pakai inai tu penah laa.

Whose bed other than yours would you rather sleep in : Katil aku gak best!!

What color shirt are you wearing now : Blue black..

Are you a friendly person : Boleh laa..

Do you have any pets : Kucing jantan Tomei & Nyu, ikan 3 ekor.

Do you sleep with the TV on : Susah sket nak tetido dpn tv ni.

What are you doing right now : Menaip jawapan soalan hang laa! ngeh2

Can you handle the truth : Tgk situasi..

Are you closer to your mother or father : Ngan mak..

Do you eat healthy : Tak jugak..tapi boleh laa.

Do you still have pictures of you & your ex : Takde..takde ex pun.

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : Abang.

Are you loud or quiet most of the time : Ikut situasi..

Are you confident : Kekadang ye..tapi kekadang tidak..

5 of my bad habits :
Tak tentulah perangai buruk aku ni. Kekadang aku ingat dah hilang..tapi2 tiba2 mai balik perangai buruk aku tu, erm!

5 people tag :
Erk..ada ke yang sanggup nak wat ni? Byk soalan dia woo!
Aku tgk ramai yg berhutang tag ngan kengkawan blogger yg lain? hehe..

========================SELESAI==========================
TAG ke 2;

Hmm..ni lak tag dari ISMA posh76.blogspot.com

The rules:

1• Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.

a- Cun, jelita
b- pandai bergaya dpn kamera

c- sukakan kecantikan..
d- seorang wanita yg vogue

e- sgt happy go lucky


2• Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.

a. Tiap2 hari kalo leh nak masuk blog.
b. Jenjalan adalah hobi utama aku dari kecik2 dulu.

c. Suka amek gambar kenangan dan pemandangan.

d. Dah suka amek gambar..semestinya suka nengok gambar jugak!!

e. Suka berborak-borak ngan suami, anak2 dan keluarga.

f. Suka nyanyi2 kat umah.

g. Suka kumpul setem lawa, terutama isu baru/khas.

h. Suka main netbol..opps! gym jugak!

i. Suka kontek kengkawan lama. Tapi kengkawan susah sgt walaupun cuma nk balas msj.
j- Suka nak berkawan-kawan.

3• Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.
Alamak, problem2!! Sahabat blog aku bukannya ramai sgt pun. Rasanya yg ada ni pun..ramai yg dah penah buat, hmm..

4• Leave a comment on the receipients’ blog to tell them they’ve been tagged....
Hmm..kalo aku langgar 'rules' ni..polis tak tangkap kan, ngeh2

5• Paste the award badge in your sidebar...
Ohh..yg ni OK...

=================================BERES==========================
TAG ke 3;

Ni lak TAG dari Rinna rinnamanja.blogspot.com

Peraturannya:

Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:

1) Copy gambar amal Islam di bawah.
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah. Calon-calon yang terpilih:
1) sahabat blogger yg cun
2) sahabat blogger yg tampan
3) sahabat blogger yg 'gojes', hehe
4) sahabat blogger yg unik
5) sahabat blogger yg sinis
6) sahabat blogger yg baik hati
7) sahabat blogger yg sgt rajin update
8) sahabat blogger yg ceria
9) sahabat blogger yg bijak
10) sahabat blogger yg busy

A'aa..tu, sapa2 yg rasa ada ciri2 cam di atas, lom penah wat tag ni lagi..sila2kan laa ye.

===============================SIAP=============================

Thursday, June 25, 2009

Star Parade, Pekan Rabu, mamam..balik!!

Jangan sakit mata pulak yek nengok gambo entry ni. Mana taknya..yg terang digelap2kan, yg gelap diterangkan..hehe.

Kitorang singgah Star Parade. Ingatkan Gulati's tu dah dibukak..upenya masih dlm pembikinan lagi. Aku angan2 nak cari kain raya kat situ ler, hmm.
Kat atas tu gambar2 kenderaan yg telah diberi surat cinta "sila letakkan kenderaan anda di petak yg disediakan". Ni jenis tuan kenderaan yg pentingkan diri sendiri laa ni. Suka hati dia aje nak taruk keta, moto dia kat mana2 yg disukai..hehe..

Kalo jumpa kedai games..abang mesti nak masuk jengok2 punya.

Dah puas ronda..along, akiss ngan angah pi beratur nak beli eskrem Mc D.

Ni laa aksi2 5 beranak ni makan eskrem. Paling ekstrem mkn eskrem..akiss laa, ekekekek. Tapi naper muka abang tak bercahaya ye bila makan eskrem?? (hehe..)
Jawapan; Abg elergik sket bila makanan berunsur lemak dan kolesterol masuk dlm badan dia, ngeh2!

Kalo mai Aloq Staq..tak sah kalo tak singgah Pekan Rabu. Cari apa? Ntah? aku sendiri pun kurang pasti. Tapi yg pasti..kitorang masa ni nak beli dodol duyan, hehe. Erk..dodol ni sape yg wat dan kacau, ek?? Ni yg jadi misteri ni..
Budak2 sebok nak sagon. Beli sorang seplastik tu. Ari tu Suri (kak ipar Dayah) datang sini ada bagi sagon, Ganu mari!. Bila budak2 ni dah tingin lagi tu..kena laa beli sendiri kan?

Aku ni tak tau laa pe kena. Letih ke? Tak lagi rasanya..leh jalan lagi ni nak cari kain kat bazaar sebelah Pekan Rabu tu..huhu..

Dah dpt kain..masuk balik Pekan Rabu. Singgah minum lai ci kang. Budak2 oder ABC ngan fresh orange.
Tapi sempat gak oder Char Kue Teow..kongsi ngan abang. Kalo ada yg pasan..char kue teow tu ada kacang. Sebenarnya, aku yg taruk kacang tu, hehe. Kacang tu aku beli kat seberang jejantas Pekan Rabu selepas dah selamat parking keta.

Ni dah on the way nak balik laa ni. Tak sangka pulak kat Aloq Staq ni ada bukak kawasan baru nama STARGATE. Abg kata nama siri tv dulu2 ni..hehe.
Tgk tu! sawah padi yg menghijau..kawasan tanaman 'pokok beras', ngeh2.

Hmm..dah waktu senjakala. Burung pun pulang ke sarang.

Senjakala..senjakala..mari kita pulang. Senjakala..senjakala..esok dtg lagi!! amboi! Tingat lak lagu masa aku tadika dulu ni. Org tua2 kata..time cenggini hantu dah mula keluar. Budak2 kena cepat2 masuk umah..ngeh2. Tapi adalah juga maksud di sebalik kata2 diorang tu, kan. Cuba laa pikir, hehe..

Last mlm tu..wat apa patut dan yg tak sepatutnya (hehe..) dan makanan dh siap..makan!
Lokasi; kat ngan area opis abang di Gunung Semanggol.


Nota kaki; sebenarnya aku nak cuci keta dulu sebelum post entry ni..tapi lupa pulak syampu keta dh abes. Kedai ONE STOP tak bukak lagi..jadi sementara tunggu detik2 kedai tu nak bukak perniagaannya pagi ni..aku online dulu! Huhu..

1. Sesi jumpa Suziey 2. Jwb TAG Ommy Firuz

1. JUMPA SUZIEY (szsh.blogspot.com);
Ahad malam ari tu..aku berkesempatan bertemu ngan sorang sahabat sesama berblog, hehe. Sape lagi kalo bukan Suziey yg dimurahkan rezeki dpt balik jap ke Tepen kampung suaminya lagi walaupun dah balik baru2 nih. Sian Suziey, penat2 dari Damai Laut..dah aku ajak jumpe, hehe.

Ni laa orgnya. Betul kata Gie (gieyana79.blogspot.com) yg Suziey ni puteh gebu orgnya. Comel laa pulak..patut laa Aqeel pun cenggitu. Sebut pasal Aqeel ni..hmm, aku tak bertuah laa pulak nak jumpa ngan si cilik kesayangan Suziey ni pasal dia tidur pulak dlm keta. Mesti penat main 'water' ni, pastu syok pulak kena ekon keta..kan Aqeel?
Jadi hubby Suziey laa jadi papa mithali jaga Aqeel dlm keta waktu tu. Tq ye.

Haa..saja aku edit gambar ni bagi nampak lain sikit. Pasal..kat blog Suziey pun ada gambar pertemuan ni gak, hehe..
Kepada Suziey..tq sebab sudi jumpe akak. Lain kali ada rezeki kita jumpe lagi ye.

Lepas2 tu..aku masuk Tpg Sentral tgk MPH Book Fair. Aku terus pi cari area novel. Tapi..sume tinggal novel2 keluaran tahun lepas. Mana tak nya..aku pi pun dah hari last..hehe.
Angah ngan akiss ni ntah apa laa jadi perhatian diorang..Umur dah tua pun suka buku2 budak 2-3 tahun lagi ke???

Sebenarnya, untuk sesi pertemuan ngan Suziey malam tu..aku ada ajak Hana join sekali. Tapi Hana tak dpt join pasal kesihatannya ter'ganggu' sket, huhu.

2. JAWAB TAG OMMY FIRUZ (
diaryumi.blogspot.com)

Q : Pengertian kecantikan pada anda ??
A : Kecantikan manusia aje ke ni? Hmm..ikut mata laa. Mata tgk dulu..pastu bg signal kat otak..otak pun proses apa yg mata nampak, hehe..

Q : Bila hari terakhir anda bermekap??
A : Calit lipstik dan tempek bedak masa gi jumpa Suziey baru2 ni.

Q : Bila kali terakhir anda shopping sakan membeli make up dan yang sewaktu dengannya??
A : Uih..dah setahun kot. Pasal aku ni tak keje..mekap iyo-iyo'an pun masa nk gi kenduri dan jenjalan luar biasa aje, hehe. Tu yg mekap lambat abeh. Mekap ada expired jugak ke?

Q : Bila kali terakhir anda syampu rambut ??
A : Pagi semalam, hehe..Aku syampu rambut dua hari - sekali. Kerap sgt, tak elok utk kulit kepala. Tp petang ni syampu balik pasal petang ni main gym. Aku pakai tudung..rambut terkurung..pastu berpeluh. Fikir laa camne, kn??

Q : Adakah anda seorang yang kemas dan teratur dalam penjagaan bilik??
A : Bilik?? Bilik tido, bilik air? Hmm..boleh laa tp tak over sgt laa pun.

Q : Barangan make-up anda ??
A: Bedak two-way cake - FASIO. Yg lelain..AVON je. Aku ni biasa2 aje.

Q : Senarai kan 5 actress tercantik di mata anda ??
A : Sazzy Falak, Erra, Dynas, Sofea Jane dan Datuk Sarimah. Naper aku pilih diorang?? Sebab diorang masih kekal ngan kecantikan asli tanpa suntikan tegang sana sini.

Q : Last Question : are u Hot?
A : Hot? Urgh! Tak rasanya..

Hmm..sebenarnya aku bukannya bagus sgt pun..hehe

Tuesday, June 23, 2009

Menara Alor Setar

Bersambung kembali citer 10 Jun 2009 yg lepas. Disebabkan kesibukan yg teramat..aku takleh nak masukkan gambar ni awal sebab tak sentuh lgsg utk di sunting..hehe.

Antara masjid dan pemandangan yg terdapat di Alor Setar.

Menara setinggi 165.5m ini bagaikan adik kepada Menara Kuala Lumpur. Fungsinya sama..utk komunikasi, utk lawatan dan turut mempunyai restoran berputar. Cenderamata yg dijual pun sama aje.

Sampai sini..amek gambar kat Dataran Bunga Raya dulu. Abang tu tengah menghabiskan cendol yg dibeli bungkus kat Kuala Kedah.

Ni lak..aksi angah ngan akiss dlm lif nak menuju puncak..tapi sebenarnya tak sampai puncak pun, ngeh2.

Ni aksi2 abang tengah meneropong. Amboi?? beriya meneropong tu? Aii..teropong nampak apa tu, bang? hehe..usik2 manja.
Abang kata..tengok! abang ada NIKON yg lagi besar..leh tembak lg jaohhhh!! Ish, jawapan abg lari tajuk laa, ngeh2.

Ni lak aksi aku ngan anak2 pulak meneropong. Yg Akiss tu sampai bengkok2 badan ntah apa ke benda dia nk carik ntah. Yg along ngan angah tu..hmm..mata diorang lagi lega agaknya pakai kanta yg lagi power!! hehe..

Ni acara melepak selepas penat meneropong. Nak terus turun..rugi laa pulak. Dah bayar mahal nak naik ni, hehe..

Sunday, June 21, 2009

Mr. Perak 2009

Disebabkan abang minat sukan bina badan ni..aku pun dpt laa sikit2 minat nak nengok acara sokan cenggini.
Diorang ni seksi ke? Ish..takde laa. Kalo dinamakan sokan..aku tak rasa diorang ni seksi. Sama laa cam acara renang, terjun papan anjal, gymnastik, wrestling, sumo...olahraga pun!

Bagi aku..aku tabik spring ngan ahli2 sokan bina badan ni. Pasal..bukan senang diorang nak dptkan otot2 yg cenggitu. Nak kena disiplin ngan diet2 yg ketat. Semangat kena kental.

Jadinya, Sabtu 20hb Jun ari tu..aku pun ngikut abang ke Ipoh Parade. Hari ini dlm sejarah gak..abang mula2 jumpa salah sorang user hardcore binabadan forumer iaitu Ady aka Dymen. Dia turun dari KL semata-mata tak nak lepaskan peluang tengok acara yg best ni, ngeh2..

Ni kali ke 2 aku tengok acara Mr. Perak ni. Tapi kali ni kitorang tgk abes 8 kategori yg dipertandingkan.
Ramai betul peserta tahun ni. Nampaknya, semakin ramai yg berani beraksi di atas pentas Mr. Perak ni..hehe.

Ni kategori yg paling ramai disertai..iaitu kategori novice. Nak pilih final cuma 6 orang aje.

Gambar kat atas ni lak kategori remaja bawah 21 tahun. Ada laa 2 orang budak dari Simpang yg abang kenal turut masuk bertanding..hehe..Nak aje aku soh abg tanya diorang ni..apa perasaan pakai cenggitu di depan khalayak ramai, yek??


Ni kategori Master..utk yg berusia lebih 45 tahun. Cayalah uncle!!


Ni kategori 'bantam'..bwh 65kg. Tgk tu..ada sorang peserta rambut dia mcm watak Bezita kartun Dragon Ball, hehe.


Ni acara yg dikuasai oleh Navy dari TLDM Lumut iaitu kategori light weight.



Ni lak kategori middle weight. Yang ni ramai laa peserta yg punya muscle hebat2! huhu..


Kat atas ni lak kategori heavy weight. Ramai otai2 yg masuk kategori ni.

-----------------------------------------------------------------------------------
Gambar kat bawah ni adalah 7 pose wajib:-

Front double biceps;

Front lat spread;

Side chest;

Back double biceps + calve;

Back lat spread;

Triceps;

Abs + thighs;
Harap2 korang yg baca ni leh dpt sket panduan, yek!!

Ni laa Mohd Faizal yg menjadi Mr. Perak Champ of Champs 2009..Tahniah!


Abang ngan Dymen tak lepaskan peluang bergambar ngan champion selepas tamat acara.

Ni lak ngan pemenang light weight.


Haa..ni aku lak bergambar ngan pemenang kategori heavy weight.

NOTA KAKI:
Cuma hari ni kitorang tak dpt jumpa along yg tiba2 aje jadik lak mewakili MRSM PH bagi kuiz Maths di MRSM TAIPING. Pasalnya...petang Jumaat tu dia tipon kata tak jadik. Kitorang pun angkat kaki laa gi Ipoh Parade nak nengok Mr. Perak ni.
Tak pe laa..lagi 2 minggu outing..ibu, abah ngan adik2 gi lawat along yek. Lagipun, baru minggu lepas along balik hostel..ngeh2.

Thursday, June 18, 2009

Menjejak tamadun di Kota Kuala Kedah - siri 2

Ni aku sambung siri pertama ari tu. Pong banyak gambar gak. Tapi edit tak berapa nak edit aje laa pasal masa terhad woo...walo dok umah pong!

Kitorang dok melepak jap kat bangku yg disediakan kat bawah keredupan pepohon yg dah berusia lebih 100 tahun tu..
Sebenarnya, Kota ni dah diperbaiki semula. Jadi takde laa 100% yg asal.

Hmm..ni laa pokok nya pun. Cantik pautan dahanannya kan?

Kitorang nak masuk muzium jap. Air longkang tu dah penoh dah. Jap gi tu keluar laa kat atas rumput2 tu pulak. Air laut tengah pasang!

Sempat posing dulu. Bangunan kayu ni gak dulu pernah dijadikan sekolah.

Apa2hal..tuleh nama di buku pelawat dulu.

Dah siap tuleh..posing jap depan kaunter pendaftaran buku pelawat tu, ngeh2.

Antara sejarah2 yg telah berlaku kat Kota Kuala Kedah. Budak2 ni baca ntah idak, asek posing aje!

Aii..ibu nya posing gak? Mcm tak penah jumpa tingkap kayu aje??

Laa?? bukak tingkap tadi nak termenong pulak ke? Mcm laa kat sini aje leh nak termenong..
Jawapan; ish! tak ler..org tengah tengok pemandangan Kota ni! kehkehkeh..

Hmm..baca sejarah ni; "...dan bawa kapal dan bawa harta dagangan daripada kita sangat lama tiada pulang maka sebermula banyak penyuruh kita, saudagar Nakhoda Mir Amin dan Fakir Lebai itulah kita lengkapi Temenggung Raja Setia sebuah sampan dapatkan anak kita (Light) pintak tolong kerasi.........(uish! ayat sastera tu!)

Diorang sebok membaca sejarah2 yg telah berlaku di Kedah. Sebenarnya banyak artifak2 yg telah dijumpai kat sini dah dipindahkan kat Muzium Arkeologi Lembah Bujang dan dipamerkan di situ.
Ohh...muzium tu pun kitorang dah gi lawat dah.

Akiss tanya, "boleh ke masuk kat bawah ni ibu?". Pasal sebelum tu aku citer pantang larang orang dolu-dolu, ekekekek..

Apa yg nampak kat celah2 lobang tembok Kota ni ek? Jom teropong!!

Uish, mak!!! Astaghfirullah...terkezut aku! Tetiba pulak wajah akiss muncul di dalam lobang tembok Kota ni..hehe

Tu aje laa al-kisah berakhirnya siri Menjejak Tamadun Di Kuala Kedah. Lepas2 tu kitorang pekena Laksa Kuala Kedah pulak. Gambar aku bercahaya makan laksa kuala kedah tu dah ditempek terlebih awal dlm siri 1, hehe..

Akiss ngan angah ni memang 'hantu laksa'. Feveret diorang...Tapi apsal gambar diorang tak bercahaya cam aku tu yek? huhu..

Hmm..tgk laa aksi angah makan laksa ni. Dah tak pandang kiri kanan.


Lepas ni episod ke Menara Alor Setar pulak yek..